AYAT AYAT SUCI AL-QURAN

Wednesday 11 May 2011

Belajar Bermain Gitar

Dah tua baru nak belajar main gitar.... Tu la situasi aku skrg ni... heee..heee..heee..
Tapi ni salah satu cara utk release tension dan xkacau org...
Dh belajar serba sedikit, baru la tau bestnya main gitar ni...
Aku akan update perkmbangan dari semasa ke semasa... smpai la aku boleh uplode video aku main gitar...
Doakan semoga berjaya... Insyallah akan berjaya kalau usaha brsungguh3...

Ini ada serba sedikit video cara2 utk basic bermain gitar...






Semua video diatas, diambil dari youtube.com

Sekian, mari la kita sama2 mencuba..

Saturday 16 April 2011

Usop Wilcha

Dari mlm maharaja lawak tu, aku amat trtarik dgn persembahan Usop Wilcha, dan mlm ni setelah aku melawat-lawat blog rkn2 blogger, setelah sekian lamanya aku tak brblog dan mnziarah rkn2... Mlm ni aku trtarik dgn post dr tasekM... Aku pun nak brkongsi brsama-sama... dan ambik video ni dari blog tasekM.. tq tasekM..

Sunday 20 March 2011

Baru 2 Minggu bersama Nuffnang dh dpt Buffered Earning

Terima kasih daun keladi Nuffnang, bagi la byk2 lagi..

Nama KempenBlogJenisTarikhBandCTRJumlah

DiGi Broadband Bonuslink Promo CPC SS powluckglobal_CPC07 Mar 2011 to 12 Mar 2011Global NA
Ford Fiesta CPC LB powluckglobal_CPC06 Mar 2011 to 09 Mar 2011Global NA
Ford Fiesta CPC LB powluckglobal_CPC27 Feb 2011 to 05 Mar 2011Global NA
IPTV CPC LR powluckglobal_CPC06 Mar 2011 to 12 Mar 2011Global 100.00%
Pepsico Quaker CPC SS powluckglobal_CPC27 Feb 2011 to 05 Mar 2011Global NA
Sunkist Dash CPC SS powluckglobal_CPC28 Feb 2011 to 05 Mar 2011Global 11.11%




** nak tau cara2 utk dptkan BE, sila baca panduan edisi lengkap
Panduan Edisi Lengkap Cara Membuat Duit Dgn Nuffnang



Friday 11 March 2011

Edisi Lengkap Cara Membuat Duit Dgn Nuffnang

Hari ini saya nak kongsikan satu tutorial lengkap mengenai Nuffnang.Saya tahu dah ramai yang mengenai dan mengenali Nuffnang ni tetapi saya buat tutorial ini khas untuk blogger-blogger baru.Ini kerana semasa saya blogwalking,saya terjumpa blog-blog yang bertanyakan mengenai Nuffnang ini.
“Macam mana nak join Nuffnang ni?,”Kena bayar ke?”,”Kena ada akaun bank ke?”,”Macam mana nak letak iklan Nuffnang dalam Blog?,”Macam mana nak dapat duit dari Nuffnang?”,”Apa itu Buffered Earnings dan Metered Earnings?”,”Macam mana nak dapatkan Buffered Earnings?”…
Itulah antara persoalan yang sering ditanyakan oleh blogger baru termasuklah saya satu ketika dahulu.Atas niat ini membantu rakan-rakan blogger,saya buatlah tutorial lengkah edisi cara membuat duit dengan Nuffnang(A to Z) bagi menjawab semua persoalan diatas itu.Harap membantu korang=)
Apakah Nuffnang?
Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan Internet di Malaysia.Nuffnang menawarkan perkhimatan menyewa tempat iklan di blog-blog kita(Kita ini dinamakan publisher).Nuffnang akan meletakkan iklan mereka di blog kita dan kita akan mendapat duit sekiranya visitor blog kita klik pada iklan berkenaan.(penjelasan secara basic)
Adakah Kena Bayar Untuk Join Nuffnang?
Tidak,korang tidak perlu membayar apa-apa pun untuk menyertai Nuffnang ini.Ini kerana mereka menggunakan khimat kita untuk mempromosikan iklan mereka,jadi mereka harus berikan duit kepada kita bukannya kita yang bagi duit kepada mereka.Boleh dikatakan kita ini adalah promoter bagi syarikat Nuffnang.Kerja yang perlu kita buat adalah mempromosi iklan Nuffnang di blog kita.
Adakah Nuffnang Memerlukan Akaun Bank Untuk Mendaftar?
Tidak.Ini kerana setelah duit simpanan anda mencukupi RM 50,Nuffnang akan menghantar cek ke rumah anda.Selepas menerima cek berkenaan bolehlah anda masukkan duit berkenaan ke akaun bank anda sendiri.
Macam Mana Nak Dapatkan Duit Dari Nuffnang?
Terdapat 3 jenis pengiklanan yang disediakan oleh Nuffnang iaitu Campaign(CPC),Buffered Earnings dan Advertorials .Ini penjelasan yang telah dibuat oleh Blur.Saya ambil dan kongsikan disini:-
CPC (Cost per click)
  • Earning anda adalah berdasarkan click visitor anda kepada iklan anda… Iklan nie selalu ade pukul 12 tengah malam dan 12 tenga hari… Pukul 4-6 petang pon ade jugak…
CPM (Buffered earnings)
  • Earning ini adalah bagi blogger yang mempunyai unique visitor yang maintain 200+ sehari… Earning ini dimana advertiser akan berurusan dengan pihakNuffnang untuk menyewa tapak di blog anda dengan mengikut bilangan unique visitor anda…
  • Katakan Celcom tertarik dengan blog anda dan ingin menyewa untuk 200 UV sehari selama seminggu… Jadi tiap -tiap hari bermula pukul 12 tengah malam iklan nie akan muncul di blog anda dan akan hilang apabila UV anda mencecah 200 UV pada hari tersebut…
  • Iklan ini selalu berlangsung selama 1 minggu…
  • Jika ada visitor yang mengclick iklan ini anda juga akan mendapat earnings untukCPC bagi iklan ini secara automatik… Ianya akan dikira sekiranya iklan yang diklik melebihi 0.2% daripada nilai keseluruhan BE anda…
  • Jika tidak earning untuk CPC tersebut akan burn…
Advertorials
  • Ini merupakan earnings yang sangat advance di dalam Nuffnang… Earning nie merupakan sesuatu yang confidential dimana mereka yang mendapat earning ini tidak boleh mereveal nilai earnings mereka…
  • Format earnings ini pula adalah di mana jika ada Advertiser yang tertarik dengan blog anda dan anda mempunyai bilangan UV yang tinggi maka mereka akan beriklan dengan anda…
  • Caranya ialah anda dikehendaki menulis 1 post berkenaan produk terbaru mereka ataupon berkenaan website mereka…
  • Earnings ini paling masyuk sebab nilainya boleh menjadi beratus-ratus satu post dan mungkin menjadi beribu-ribu satu post…
  • Untuk medapat iklan ini anda perlulah mempunyai UV yang sangat tinggi dalam masa sehari dan mempunyi content blog yang menarik… (UV tak sure plak berape ramai sehari)
  • Contoh iklan advertorials nie anda boleh tengok post berkenaan Jipaban di blogBeautifulnara dan Hanis Zalikha nie…  [Sumber:Jenis-Jenis Pengiklanan Di Nuffnang oleh Blur]
Apakah Buffered Earnings Dan Metered Earnings
Buffered Earnings biasanya korang akan dapat sekiranya visitor korang melebih 100 uv-200 uv sehari.Pihak pengiklanan akan memberi ruang iklan di blog anda menerusi Nuffnang dan iklan berkenaan akan sentiasa terpapar di blog korang sehinggalah habis page impression yang diberikan oleh pihak pengiklanan.
Contohnya,Celcom memberikan ruang iklan anda dengan harga RM50 untuk 10000 page impression,jadi korang akan dapat RM 50 setelah page impression blog korang melepasi 10000.Bagi memudahkan korang dapat duit hari-hari,jadi pihak nuffnang akan membahagikan page impression dengan jumlah harga iklan itu supaya akaun korang akan mendapat duit setiap hari.Iklan Celcom itu akan bertukar menjadi Metered Earnings setelah blog korang melepasi page impression yang dibeli oleh pihak Celcom.
Cara Mendapat Buffered Earnings
Untuk mendapat Buffered Earnings,blog korang perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Nuffnang.Saya pun tidak berapa tahu syarat-syarat untuk mendapatkan Buffered Earnings ini dengan tepat tetapi blog korang mesti mendapat visitor sekurang-kurangnya 100-200 uv sehari.
Selain itu,korang kena mengemaskini biadota dan survey mengenai blog korang di akaun Nuffnang korang.Pastikan korang mengambil sedikit masa untuk mengemaskini akaun anda.Ini kerana,pihak pengikanan akan melihat biodata dan survey yang korang buat sebelum memilih untuk beriklan di blog anda.
  • Mesti mempunyai visitor sekurang-kurangnya 100 uv sehari
  • Mesti mengisi dan mengemaskini biodata diri di Nuffnang(ada dibahagian Blogger Bio)
  • Mesti update blog survey di Nuffnang(ada di bahagian Manage Blog)
  • Sekiranya masih tak dapat BE,try lah hantarkan email ke Nuffnang
Kegunaan Menu-Menu Yang Terdapat Di Nuffnang


Getting Started
Ini merupakan menu baru yang disediakan oleh Nuffnang.Menu ini memberikan tunjuk ajar kepada blogger yang baru mendaftar dengan Nuffnang.
  1. Complete the blogger bio
    Please take a few minutes to complete the Blogger Bio, and tell us a little about yourself. This will help us know you better, and allow us to recommend you for sponsored posts.
  2. Add your blog(s) to the Blog Manager
    After you have completed your blogger profile, register your blog(s) on the Nuffnang network using the Blog Manager. Once you have added your blog to the Blog Manager, you will be prompted to fill in a survey for that blog. This survey is very important as it allows us to target ads for your blog.
  3. Add Nuffnang ad units to your blog
    Click on the “Add Ads” icon on your dashboard. Here you will find the codes to add ad units to your blog.
Analytics
Menu ini memberikan kemudahan kepada korang untuk membuat analisis mengenai blog korang.
Earnings
Korang boleh melihat jumlah earnings korang kat sini.Disini semua maklumat mengenai Buffered Earnings,Metered Earnings dan Campaign.Disini juga korang boleh nak cashout earnings korang.
Add Ads
Add ads ini adalah tempat untuk korang dapatkan kod untuk diletakkan di blog anda.Terdapat tiga jenis iklan iaitu :-
  1. Leaderboard

  2. Skyscraper

  3. Large Rectangle

Blog Manager
Korang boleh tambah dan buang blog korang menggunakan menu Blog Manager.Disini juga korang update blog survey.[rujuk diatas]
Blogger Bio
Update biodata korang[rujuk diatas]
Cara Nak Letakkan Kod Iklan Di Blogspot
Baiklah,sekarang saya akan tunjukkan cara-cara untuk letakkan kod iklan di blogspot anda
  1. Log in Dashboard Blog Anda
  2. Pergi ke “Page Element”
  3. Klik “”Add a Gadget” dan pilih “Html/Javascript”
  4. Log in ke akaun Nuffnang dan pergi ke menu “Add Ads”
  5. Copy kod yang diberikan dan paste di widget “html/Javascript”
  6. Save
Rasanya itu sahaja yang korang perlu tahu pasal Nuffnang ini.Agak-gak dah lengkap ke info yang saya berikan kat atas tu?Kalau tak lengkap korang tolonglah tambah ye.Nanti saya letakkan dalam post ini supaya blogger-blogger baru boleh belajar dari A to Z tentang Nuffnang.

Thursday 10 March 2011

Tips Mudah Utk Meningkatkn Trafik Blog Anda

Tengah2 dok layan study pasal blog, terbaca la aku benda alah nie...saja nak mencuba...tak salahkan...dan x rugi pun.. :)
so tips2 nak naikkan traffic blog kita...

Kita tengok cara-cara menaikkan traffic blog ...:
  1. Tulis posting artikel mcm posting ni. Atau copy-paste artikel ni and kemudian buat tajuk yang menarik supaya org terjah blog kita.
  2. Pastu letakkan URL LINK yang mcm kat bawah ni jer untuk artikel yang di tulis dlm blog/web korang. cuba jelah...tak rugipun........hahaha

6. My Big Family and Friends
14. akupenghiburmuda
15. powluck
 

Peraturannya

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.
Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1,
yang No.3 jadi No.2,
yang No.4 jadi No.3
dan seterusnya.
Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).


2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625
SELAMAT MENCUBA!!!!

Wednesday 9 March 2011

Bayar Saman Trafik Sblum 10 Mac 2011

Kerajaan telah mngumumkn bahawa esok, 10 Mac 2011 adalah hr trakhir utk mnjelaskan saman trtunggak, dibwh adalah laporan TV3 yg disiarkn 7 Mac 2011.

"Berbaki 3 hari dari tempoh 10 hari lanjutan pembayaran saman, hanya 700 ribu saman trafik dilunaskan sehingga kelmarin. Jumlah itu hanya mewakili 4 peratus daripada 17.3 juta saman yang masih tertunggak sehingga 28 Februari lalu. Justeru, Timbalan Menteri Dalam Negeri mengingatkan pemilik kenderaan yang masih belum melangsaikan saman tertunggak segera berbuat demikian sebelum tarikh akhir pembayaran 10 Mac ini. Beliau juga  berkata, orang ramai yang ingin mengemukakan sebarang rayuan, dinasihatkan supaya mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa untuk disemak. Dalam pada itu, pihaknya juga sedang mengkaji supaya pembayaran saman trafik diselaraskan antara Polis Diraja Malaysia , Jabatan Pengangkutan Jalan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selain mengalu-alukan cadangan daripada orang ramai  supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan terhadap saman trafik. Kerajaan sebelum ini bersetuju melanjutkan tempoh bayaran saman trafik yang berakhir 28 Febuari  lalu, sehingga khamis ini."
Sumber : http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Hanya_4_Saman_Tertunggak_Dilunaskan.html

Dibawah link laporan www.keadilandaily.com

‘Paksaan’ bayar saman tertunggak hina mahkamah

Sumber :  http://www.keadilandaily.com/?p=7725 


Jika mengikut laporan TV3, brmakna masih ramai lg rakyat M'sia belum mnjelaskn saman trtunggak trsebut.. Salah satu kategori saman yg telah dikeluarkn adalah disbbkn melebihi had laju..  Had laju yg dibenarkn diatas lebuhraya adalah 110km/jam.. Jika lebih & dpt dikesan, maka saman la yg dpt..

Cuba bygkn kalau sebuah kete 2,000cc keatas, airbag kiri kanan dpn blkg, tayar 18".... Bwk 110km/jam, apa rasanya...? Jwbnya, selalu2 la tekan pedal brek... Rugi la beli kete mahal2, airbag penuh keliling kete, pakai abs la, mcm2 la..

Kalau boleh, biar la saman had laju mngikut ketegori kete.. 1,000cc kebwh, 1,000cc - 2,000cc & atas 2,000cc serta mengikut spesifikasi yg trperinci... Cnth jenis kete, sistem keselamatan kete, keupayaan kete trsebut dll..

Sebuah kncil 660cc, bwk 140km/jam, mmg la xpatut.. agak2 la... melayang la kete tu, kalau aksiden mmg la teruk.. airbag xde, brek pun biasa je.. mmg patut la kena bwk dibwh 110km/jam... Tapi kalau BMW 3 series atau seumpama dgnnya, airbag kiri kanan dpn blkg, brek abs, tayar 18"... xkan nak bwk 110km/jam.. Kena la bwk lbh sikit, ikut kemampuan kete tu.. cnth xlebih 140km/jam.. Begitu jg dgn BMW 7 series atau seumpamanya, kena la bwk lebih sikit, cnthnya 160km/jam.. Baru la nmpak xkekok, ini boleh ke patut, kalau bwk 110km/jam, boleh pulak seiring dgn kancil 660cc... Ish..Ish..Ish..

Mungkin pendapat anda mcm ni.."Rasa2 mcm tak boleh la.. sbb bwk laju boleh aksiden.."

Pendapat sy.. "Bwk slow ke, laju ke, mana2 pun boleh aksiden, kuarkn la saman byk mana skalipun, aksiden akan ada juga, dh namanya kemalangan xbrbau, xbwk kete pun bleh aksiden, brhati2 dijalanraya maksudnya kita kena tau tahap keupayaan kete kita, tahap jalanraya, sekeliling dsb, walaupun bwk laju2 pun, kena la brhati2, tu dh semstinya"

Mungkin juga pndapat anda mcm ni.. "byk lagi la kerja polis, nak asingkn saman ikut jenis2 kete, cc & dsb'

Pendapat sy.. "kalau xnak byk keje, xyah la nak buat speed trap"

Mungkin juga pendapat anda mcm ni.."bukan xnak tmbah keje polis, kita ikut sama rata je.., xkira la sapa2, semua xleh bwk laju2, xyah la buat double standard, mntang2 la kete mahal, boleh bwk laju2"

Pendapat sy.."bila time ni, br nak kira double standard la, mntang2 kete mahal la... tapi bila time nak byr roadtax, xkira la pulak.. apasal xbuat sama rata je... semua pengguna byr roadtax satu kadar yg sama, xyah ikut cc kete"

Kerajaan harus buat kajian tentang had2 laju yg masih trdapat di negara kita ni, masih ada tmpat yg guna pakai 60km/jam, 80km/jam dsb... Dpn sekolah ok la atau kawasan kmpung... Kalau sapa2 yg pernah lalu jalan persekutuan dari rawang-selayang.. Cntoh, Masa turun bukit sblum simpang Pejabat Tanah Daerah Gombak, brp had laju kat situ..? yg sy tau 80km/jam... kalau lepas pedal minyak pun dh boleh cecah 100km/jam...

** sama2 la kita buat perubahan, kita dh nak smpai 2020 dh.. Maju la ke depan, bukan maju ke tepi.. Jgn la buat saman tu sbgai satu sumber pndapatan..

Tuesday 8 March 2011

Jgn Langgar LAMPU ISYARAT

Ada satu mamat ni mmg suka lnggar lampu merah... Pada satu hari, di satu prsimpangan lmpu isyarat, dia dh langgar lampu merah.... Kebetulan pd masa tu, ada polis trafik ada kat situ... Mamat ni pun kena tahan la...

Polis       :  Salamikum, En tau kesalahan En..?

Mamat   :  Kumsalam, tau cikgu.... sorry la cikgu, xperasan..

Polis       : Udah2... mntak lesen..

Mamat   : Sorry la cikgu, sy mmg betul Xperasan... sorry la...

Polis       :  En tau tak..? En dh langgar lampu merah...

Mamat   :  Tau cikgu..

Polis       :  Habis, kalau dh tau, apasal lggar lampu merah... sepatutnya bila lampu merah, kena berenti.. faham..

Mamat   :  Saya tau cikgu, lampu merah...  Cuma sy Xperasan td..

Polis       :  Apa yg ko Xperasan nya... buta ke..

Mamat   :  Sy Xperasan ada cikgu kat sini tadi... kalau sy tau, sy mesti berenti punya...


**p/s : Buat la Undang2 mcmana skalipun, xtakut... kitaorg takut bila ada polis je..

Monday 7 March 2011

Anak2 yg HEBAT...

Cerita ni brlaku disebuah pekan trpencil, sebelah utara tnh air.. lebih krg kat Ipoh la, tp bukan la kat Ipoh.. Ada 3 org budak sdg brmain-main dihalaman umah slh seorg bdk itu.. Mamat, Adi & Meon.. nama2 bdk ni la..

Siapa yg paling HEBAT diantara 3 org budak ni...?

Mamat    :  Aku seorg yg HEBAT sbb aku lahir pd 7hb 7, thn 1977.... tarikh lahir aku 7777.. Hebat tak..

Adi          :  Alah, aku lg HEBAT sbb aku lahir pd 8hb 8, thn 1988... tarikh lahir aku 8888... Lg Hebat...

Meon      :  Fuhhhh.... korang mmg HEBAT.... tp xbleh lwn aku, aku seorg budak AJAIB..  Mak bapak aku baru kahwin 6 bln, umur aku dh nak msuk 2 tahun...


**p/s : xyah la lawan kehebatan masing2... habis bocor semua rahsia...

Sunday 6 March 2011

Liverpool vs MU - Tahniah Liverpool..

Aku bukan la peminat Liverpool, tp aku happy sbb Liverpool dpt kalahkn ManU...
Setinggi2 tahniah & brkalung2 bunga aku hadiahkn buat pemain Liverpool & para peminat..
Haaa... haaa.. haaa...  Kesian MU...

SAAT YG KUIDAMKAN...  NAK TGK MU KALAH...


Friday 4 March 2011

Aidid Muaddib-Aididleaks

Aidid Muaddib - Aku pun xkenal mamat ni, xpernah jumpa pun, tp aku selalu tgk blog dia dan baca artikel yg dia tulis, rata2 semua yg dia tulis, memberi impak yg berguna kpd semua org.. Byk maklumat & fakta brkenaan MLM dan jg sekutu dgnnya diperolehi dari laman blog dia. Setiap pandangan dia disertakan dgn kajian yg meluas... Mmg patut pun dia xsuka MLM.. Aku pun xsuka jgk, tp xde la tahap gaban mcm Aidid ni..

Aku xsuka buat MLM ni, tp tidak la membenci MLM, bg aku MLM adalah satu cabang busines.. Menjual brg dgn cara networking, cuma kdg2 yg membuat benda tu spoil adalah org yg mnjalankan MLM tu sndiri.. Ada brg yg dijual melalui MLM adalah brg yg bagus, tidak dinafikan... Kalau nak tau kena la cuba semua brg2 tu.. Tp modal kena la besar sbb kebanyakan brg2 tu mahal... sbb ada komisen MLM... Nak buat camner, itu la dinamakan busines...

Kalau kt nak pertikaikan kenapa brg2 tu mahal, bg aku xbrpa patut... sbb org2 atasan yg mncipta sistem netwrking tu dh kira akan komisen yg patut dibyr... Logik la.. setiap brg yg dijual, mmg patut ada komisen utk org yg menjual... Xkan nak jual brg xde komisen kot, dh la xde gaji... Org yg makan gaji lain la...

Aku pun masuk bbrapa sykt yg buat MLM atau networking ni, brgantung kpd brg apa yg dijual, kalau brg tu bagus, aku masuk dan gunakan... yg xbagus, xyah la masuk, mengarut je..

Rasa2 kalau gula, mnyak masak, garam atau brg keperluan lain dibuat MLM, korang beli tak..?

Mmg la kena beli jgk kan, berebut2 la kt masuk jd ahli.... Tp xkan terjadi, sbb semua brg2 keperluan xperlu buat MLM atau networking konsep pun... Brg2 ni akan habis trjual punya... Kalau jual kt kedai besi buruk pun, org akan beli...

MLM dibuat utk melariskn brg2 sbb kalau xbuat mcm tu, alamat director2 MLM je la yg guna brg2 tu...

Trpulang la kpd pendapat & citarasa masing2... Apa yg diutarakn oleh saudara Aidid byk ilmu dan maklumat yg brguna dpt dikongsi bersama... drp xtau mnjadi lebih tau.. 

Xnak crita pnjg la, nanti korang baca la sendiri kt blog dia. Apa yg aku luahkan ni, bkn aku xpuas hati dgn Aidid ni, cuma nak brkongsi apa yg Aidid tulis, korang boleh baca dan renung2 kan... Ikut apa yg korang rasa, xpayah la trpengaruh dgn sapa2....

Mcm apa yg Aidid bgtau, MLM atau sistem piramid adalah sistem aniaya org.. Aku setuju.. sbb sapa2 yg masuk jd ahli lmbat, akan duduk kt bawah, jd la kuda tungangan org2 yg kat atas nun....

Kalau korang dh baca blog Aidid ni, dan terus membenci MLM dan sekutunya... (pendek kata mcm haramkan MLM atau sekutunya singgah dlm diri korang, dibwh ni ada cadangan utk korang)

Berenti mnggunakan brg2 tersebut... kalau pegi minum kt mana2, jgn la mntak minuman yg berasaskn konsep MLM ni... heee.. heee... heee.. xrasa la korang minum radix, hi-goat... atau perasa2 yg sekutu dgnnya.. byk tu...

Minum teh tarik la jwbnya... Udah..!!! Nanti Aidid kuarkn pulak xbagus minum teh tarik sbb ada byk pewarna tiruan... Kesudahannya minum air ksong kt umah je la....

Masa tu korang akan tgk, semua kedai mamak kt Malaysia ni akan buat networking konsep sbb nak suruh org dtg minum kat mamak blk... Mamak pulak buat MLM... heee... heee... heee..
Mcm yg aku ckp td, BACA & RENUNG2 KAN... boleh capai laman Aidid sprti dibwh...

* Tnks to Aidid sbb memberi maklumat yg berguna utk dijadikan renungan dan panduan.



Thursday 3 March 2011

KELETAH ANAK2

Balik sek, bukak baju, terus masuk dlm mesin basuh.....

Bleh bygkan hasilnya camner...

Jadual ujian bln 1 - Mac 2011


Ni pun wife aku smpat slmat kan, dh tggl nyawa2 ikan dh ni..

Cuba bg idea nak buat apa ni... Nak bagi kat india jual paper pun, rasa mcm xsggup..

Pastu dia suruh kt taip blk jadual dia.... eeehhhhh... eeehhhhh.. eeehhhhh....

Bila Hari Khamis mesti Malam Jumaat

Malam Jumaat - biasa la bila sebut hari khamis, mesti mlmnya mlm jumaat, (penghulu segala hari), mlm biasa orang akan ingat tiap2 mggu, biasala... mlm ni la nak baca surah yassin la,  buat tahlil la, nak beribadat la, nak itu la, nak ini la.... (mcm2 la, smpai susah la nak sebut) semua nak buat dlm satu mlm ni.... sempat ke... pandai2 la atur jadual msing2..
 
Malam Jumaat Keliwon - sama je dgn mlm jumaat kat atas tadi, cuma ada tambah keliwon je, mgkin nak bkin suspen sikit kot, kalau yg aku tau... mlm jumaat keliwon ni mcm penghulu kpd mlm2 jumaat yg lain (yg aku tau la, itupun org2 jawa yg lebih arif pasal ni)... nama keliwon ni pun nampak mcm suspen gak, sbb ramai produser drama guna nama keliwon, maksudnya drama tu ada hantu la, konon2 nya... (ada ke hantu... Ntah..)

Org Jawa suka dgn mlm jumaat ni, mlm jumaat keliwon kira mcm  penghulu utk hari jumaat yg lain. Yg bestnya dgn mlm ni, ianya sgt baik utk buat sesuatu perkara, seperti beramal, atau utk menuntut ilmu dunia atau ilmu akhirat.

Keistimewaan mlm Jumaat Keliwon -

1. Kalau ujan turun pada mlm Jumaat Keliwon, air ujan itu ditadah dlm mangkok dan air itu elok utk dijadikan "air penerang hati".  'bila ujan je mlm jumaat, mmg best... sejuk je'
 
2. Kalau ada orang yg meninggal dunia pada hari ini, kuburnya terpaksa dijaga siang dan mlm hingga 40 hari, takut digali semula oleh org2 yg xde tanggungjwb utk ambik kain kapan, lidah, dsbnya untuk dijadikan tangkal utk buat benda2 yg dilarang oleh Allah SWT, seperti merompak, sihir, dan lain2. (benda2 khurafat la - naik la saham filem khurafat). Nampak gayenya, boleh la sykt security apply utk jaga kubur plk.. (alamat lari lintang pukang la mamat2 nepal tu)
 
3. Bagus kalau nak buat amalan2 mcm wirid dan zikir, sembahyg hajat. (segala mcm xtvt keagamaan la)
 
4. Ada org ckp jugak mlm jumaat keliwon ni utk org2 yg sewaktu dgn DEGAWAN utk mengamalkan ilmu sesat yg dorang belajar tu utk kali pertama, praktikal la ni (kira mcm test power la, nak tgk hebat ke atau tak), dorang ni kira ada ujian jgk, ingat anak2 kita je ke yg ada ujian. Kalau gagal, kena tggu mlm jumaat keliwon yg akan dtg (lama lg tu nak tggu). Dorang ni gagal sbb diganggu oleh hantu2 topeng, hantu kelambu dan lain2 jenis hantu la (kira semua keturunan hantu ada la masa ni)  aku  xtau sgt ada brp jenis hantu kat m'sia ni. Kalau lepas je ujian ni, dorang ini akan diuji oleh oleh hantu yg berupa perempuan yang sangat cantik, (agak2 ada la mcm miss world kot, jgn yg dtg tu Nasworld dh le, haru jd nya), masa ni la step yg boleh gagal ni (kira ni mcm final test gak ni, kena score ni, krg2 CGPA 3.00, nak senang kena ambik Score A ni)

Ini hanyalah sebahagian dari keistemewaan mlm jumaat keliwon. Xtau la betul ke tak...
 
Tapi apa yg aku ingat masa kecik2 dulu, orang tua2 ada sebut  pada malam jumaat ini ada siaran lagu permintaan yang di panggil "Permintaan Kaum Ibu".
 
Tapi wife aku kata lagu permintaan tu boleh jgk di panggil "Permintaan Kaum Bapa"..... heeee.. heeee.. heeee..
 
Saya harap pembaca faham maksudnya. Entahlah ya........agaknya kot... xkira la sapa2 yg mintak....


Wednesday 2 March 2011

Vsomebody Else

Satu kumpulan serpihan yg diwujudkan oleh org melayu 100% dan keseluruhan ahli adalah org islam juga 100%. Tarikh penubuhan yg tepat tidak dpt dikenal pasti bila.. lebih krg awal tahun 2011.. kira baru lagi la ni.. Vsomebody Else tidak didaftarkan dimana2 pertubuhan atau mana2 organisasi, kira ni kumpulan haram la.. suka2 buat sendiri..

Matlamat Vsomebdy Else pun suka2 tukar, ikut pada ketuanya la, apa yg dia nak buat, dia jalannnn je.. (sbb ketuanya pun xtau sapa, suka tukar2 jgk ni). Semua aktiviti berkaitan internet, mcm blog, affiliate dan mcm2 ada la, semua bikin.. Mampu dgn xmampu buat je.. Tapi objektif atau prinsip Vsomebody Else bukan utk menipu org malah mereka2 ini akan membantu sesiapa shj yg ingin berjaya atau berkecimpung dlm internet.. Tapi dorang ni bukannya bagus sgt pun, lagak mcm terror je.. Ini kerana prinsip Vsomebody Else yg lagi satu adalah kejayaan boleh dicapai dgn hasil usaha sendiri, usaha la smpai berjaya, kalau xberjaya jgk, usaha lagi... kira sampai berjaya la.. tu pun xtau ke..

Dengan kekuatan keahlian yg dimiliki oleh Vsomebody Else ketika ini, mereka boleh menyebarkan dan membantu sesiapa saja, tidak kira tempat / lokasi seluruh Malaysia malah seantero dunia, tidak kira siang atau malam malah dinihari sekali pun mereka boleh.. Senang cerita dorang ni serba boleh la walaupun sebenarnya xboleh pun..

Disebabkan Vsomebody Else ni sebuah kumpulan yg tidak berdaftar (kira kumpulan haram) maka tidak ada yuran keahlian dikenakan, kalau dikenakan jgk kira mcm haram jgk la... sendiri mau ingat la.. Info yg saya tau dari sumber yg boleh dipercayai 100%, bila nak menyertai kumpulan ni, belanja dorang Nescafe je... settle masalah..

Info yg saya tau juga dari sumber yg boleh dipercayai 100% (mmg xtipu punya), keanggotaan ahli2 skrg terdiri dari golongan profesional, cerdik-pandai, lulusan IPTA malah bukan ahli shj yg pandai-pandai... anak2 dorang pun pandai2 belaka... ada anak2 ahli yg skrg ni sedang menuntut diluar negara... Saya mendoakan anak2 ahli yg berjaya ni tidak mengikut jejak langkah bapak2 mereka, harap anak2 ahli lebih berjaya supaya menjadi Somebody dan bukan Vsomebody Else, tapi kalau nak jadi jgk nak buat mcmana... belasah je la..

Sesiapa boleh menyertai Vsomebody Else, tidak ada sekatan atau paksaan.. (salah satu prinsip Vsomebody Else). Tidak perlu pergi seminar ke, kelas ke atau maknenek punya aktiviti la... kira mcm aktiviti bebas la... (teringat masa sekolah dulu2, masa pendidikan jasmani, agak2 cikgu dah xde idea nak buat apa, mula la cikgu tu suruh murid2 buat aktiviti bebas... lebih kurang mcm tu jgk la kat Vsomebody Else ni)

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan apa saja aktiviti Vsomebody Else, sesiapa saja boleh menghubungi atau berjumpa terus dgn ahli2 Vsomebody Else yg ada diseluruh Malaysia malah yg berada diseluruh dunia malah kat planet pun 'coming soon'...

Maklumat terperinci yg diperolehi dari sumber yg xmenipu, ahli2 Vsomebody Else adalah saya (powluck) dan Nasworld sahaja... (2 org je sebenarnya, cerita mcm ramai, dh namanya Vsomebody Else, saya sendiri pun xtau sapa yg Else tu, mungkin juga anda)... Tapi kadang2 remyram pun nak jadi ahli Vsomebody Else ni, biasa la, nak jadi ahli, mana ada form nak isi, suka2 masuk, suka2 kuar... mcm remyram la...

** Teruskan kerja anda, berenti la mengarut tu... (ditujukan khas buat powluck shj, tidak ada kene mengena dengan yg idup lagi gelaban)...

Buat Tatapan Org Yg Tersayang



Nak suruh aku ckp kata2 puitis kat wife aku, memang xtrcakap la..
Hntr lagu je, faham2 je la..
Dh namanya lelaki sejati, gagah & perkasa... jiwang2 ni xmain la..
Tapi bila dengar lagu je, mula tangkap lelah....
Pusing2 taman sambil pegang2 tangan, nak romantik lagi..
Tukar la 2-3 helai baju.. ala2 hisdustan
Cerita pasal hindustan, tggu la setiap hari sabtu petang..
LAYANNNNN....


Nangisssssss..........
Tisu mana ni... heee.. heee... heee..

Ku Merindu Shah & Ella



Lagu ni aku dedikasikan buat isteri tercinta & anak2 (Afiq & Adam)
Kalau ba lupa tarikh2 penting tu, jgn la brkecil hati..

Asal Usul Cucur Jawa

Kalau nak cerita asal usul cucur jawa ni, sebenarnya saya pun tak tau. Tapi nak cerita bagaimana saya belajar buat cucur jawa ni.

Kesah semasa saya cuti sakit dan dibela oleh mak saya dikampung, masa ni la turunnya warisan membuat cucur jawa dari mak saya.

Kira-kira dah boleh dinobatkan sebagai chef la... chef kuih cucur jawa... haaaa..haaaa... haaaa

Tuesday 1 March 2011

Kuih Cucur Jawa


Kepada yg berminat untuk membuat kuih cucur jawa, amat mudah & senang..

BAHAN-BAHAN  :-

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula merah
1/4 cawan gula pasir
1 cawan air suam
sedikit garam

Campurkan semua bahan diatas dan gaul sehingga sebati.
Jika mahukan hasil yang memuaskan, biarkan 1-2 jam sebelum digoreng.

CARA-CARA MEMASAK  :-

Masukkan minyak masak ke dalam kuali, tidak terlalu banyak, tidak terlalu sedikit
Panaskan kuali dengan tahap kepanasan sederhana
Cucur jawa boleh mula digoreng apabila minyak sudah panas

** Untuk penghasilan yang sempurna (terhasil bingkai ditepi kuih) peranan dalam mengawal api adalah penting