AYAT AYAT SUCI AL-QURAN

Wednesday 2 March 2011

Vsomebody Else

Satu kumpulan serpihan yg diwujudkan oleh org melayu 100% dan keseluruhan ahli adalah org islam juga 100%. Tarikh penubuhan yg tepat tidak dpt dikenal pasti bila.. lebih krg awal tahun 2011.. kira baru lagi la ni.. Vsomebody Else tidak didaftarkan dimana2 pertubuhan atau mana2 organisasi, kira ni kumpulan haram la.. suka2 buat sendiri..

Matlamat Vsomebdy Else pun suka2 tukar, ikut pada ketuanya la, apa yg dia nak buat, dia jalannnn je.. (sbb ketuanya pun xtau sapa, suka tukar2 jgk ni). Semua aktiviti berkaitan internet, mcm blog, affiliate dan mcm2 ada la, semua bikin.. Mampu dgn xmampu buat je.. Tapi objektif atau prinsip Vsomebody Else bukan utk menipu org malah mereka2 ini akan membantu sesiapa shj yg ingin berjaya atau berkecimpung dlm internet.. Tapi dorang ni bukannya bagus sgt pun, lagak mcm terror je.. Ini kerana prinsip Vsomebody Else yg lagi satu adalah kejayaan boleh dicapai dgn hasil usaha sendiri, usaha la smpai berjaya, kalau xberjaya jgk, usaha lagi... kira sampai berjaya la.. tu pun xtau ke..

Dengan kekuatan keahlian yg dimiliki oleh Vsomebody Else ketika ini, mereka boleh menyebarkan dan membantu sesiapa saja, tidak kira tempat / lokasi seluruh Malaysia malah seantero dunia, tidak kira siang atau malam malah dinihari sekali pun mereka boleh.. Senang cerita dorang ni serba boleh la walaupun sebenarnya xboleh pun..

Disebabkan Vsomebody Else ni sebuah kumpulan yg tidak berdaftar (kira kumpulan haram) maka tidak ada yuran keahlian dikenakan, kalau dikenakan jgk kira mcm haram jgk la... sendiri mau ingat la.. Info yg saya tau dari sumber yg boleh dipercayai 100%, bila nak menyertai kumpulan ni, belanja dorang Nescafe je... settle masalah..

Info yg saya tau juga dari sumber yg boleh dipercayai 100% (mmg xtipu punya), keanggotaan ahli2 skrg terdiri dari golongan profesional, cerdik-pandai, lulusan IPTA malah bukan ahli shj yg pandai-pandai... anak2 dorang pun pandai2 belaka... ada anak2 ahli yg skrg ni sedang menuntut diluar negara... Saya mendoakan anak2 ahli yg berjaya ni tidak mengikut jejak langkah bapak2 mereka, harap anak2 ahli lebih berjaya supaya menjadi Somebody dan bukan Vsomebody Else, tapi kalau nak jadi jgk nak buat mcmana... belasah je la..

Sesiapa boleh menyertai Vsomebody Else, tidak ada sekatan atau paksaan.. (salah satu prinsip Vsomebody Else). Tidak perlu pergi seminar ke, kelas ke atau maknenek punya aktiviti la... kira mcm aktiviti bebas la... (teringat masa sekolah dulu2, masa pendidikan jasmani, agak2 cikgu dah xde idea nak buat apa, mula la cikgu tu suruh murid2 buat aktiviti bebas... lebih kurang mcm tu jgk la kat Vsomebody Else ni)

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan apa saja aktiviti Vsomebody Else, sesiapa saja boleh menghubungi atau berjumpa terus dgn ahli2 Vsomebody Else yg ada diseluruh Malaysia malah yg berada diseluruh dunia malah kat planet pun 'coming soon'...

Maklumat terperinci yg diperolehi dari sumber yg xmenipu, ahli2 Vsomebody Else adalah saya (powluck) dan Nasworld sahaja... (2 org je sebenarnya, cerita mcm ramai, dh namanya Vsomebody Else, saya sendiri pun xtau sapa yg Else tu, mungkin juga anda)... Tapi kadang2 remyram pun nak jadi ahli Vsomebody Else ni, biasa la, nak jadi ahli, mana ada form nak isi, suka2 masuk, suka2 kuar... mcm remyram la...

** Teruskan kerja anda, berenti la mengarut tu... (ditujukan khas buat powluck shj, tidak ada kene mengena dengan yg idup lagi gelaban)...

1 comment:

  1. Fuh.fuh . fuh jenuh nak padam api ni. berani hang no.

    ReplyDelete